Sabtu, 27 Mac 2010

KiaMat !!! bersediakah Anda

22 tanda hari Kiamat semakin hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam

EaRtH HouR 2010


Ya….program/kempen Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2010 akan datang lagi. Bersediakah untuk “korbankan” satu jam anda di waktu malam hidup tanpa menggunakan tenaga elektrik? Satu jam sahaja. Tidak lama kan? Bukan sahaja negara kita yang akan bergelap selama satu jam malahan sebahagian negara-negara seluruh dunia turut akan menyertai program Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2010 kali ini. Tarikhnya? Pada hari Sabtu bersamaan 27 Mac 2010 ini.

(p/s: mlm nie leh candle light dinner...makan burger...hehehehe)

Tunjukkan satu sokongan padu dan menyumbang sesuatu kepada Bumi tercinta kita ini. Setahun hanya sekali sahaja. Program Earth Hour bagi tahun 2010 adalah merupakan penglibatan kedua Malaysia selepas tahun 2009. Kalau hendak diikutkan sumbangan yang dibuat, apala sangat. Sesuatu permulaan yang baik sebenarnya daripada tidak bertindak langsung kan????? Tumbuhan-tumbuhan semestinya akan tersenyum melihat keperihatan kita untuk menjaga Bumi lebih-lebih lagi bertindak pada perubahan iklim yang mendadak ketika ini.


Tujuan program ini adalah untuk mengajak dan menghimpunkan seberapa ramai penduduk seluruh dunia untuk menjayakan program yang boleh dikatakan menyelamat usia tua Bumi kita ini. Kalau diikutkan keadaan Bumi sekarang ini sudah semakin tercemar dengan terjejas teruk dengan pemanasan global, bencana alam dan kecairan ketulan ais di kutub dan macam-macam lagi.

Earth Hour adalah satu acara simbolik yang dirancang untuk melibatkan penduduk dunia dari segala lapisan masyarakat tentang perubahan iklim untuk menghantar mesej yang kuat kepada para pemimpin politik bahawa kita ingin mereka untuk mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh dalam menangani perubahan iklim dunia.

Ini adalah peristiwa terbesar dalam sejarah iklim di mana jutaan orang di seluruh dunia akan bersatu dengan mematikan lampu mereka selama satu jam, Earth Hour, untuk menuntut tindakan tentang krisis iklim.

Untuk Earth Hour 2009, ratusan juta orang dari lebih 4,000 kota-kota besar di 88 buah negara dari seluruh dunia bergelap selama satu jam. Malaysia juga mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 600MW yang melibatkan penyertaan lebih daripada 6 juta orang Malaysia.

P/S : Di sini, saya suka untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga yang lain untuk ramai-ramai pakat sokong program Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2010 yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Jumaat, 26 Mac 2010

SupRised !!!!!


25/03/2010 aku dapat sejambak bunga dari owang yg tersayang....my luvly hubby... terkejut beruk makcik tau...x sangka dia wat suprised....b4 tue dia kol kata still kat opis lg...tup2 pas letak phone dia dah ader kt luar umah....hurmmmm napa yer...??? anyway thank you my dear......malam kitaowang makan kat luar....mmg dah beberapa hari/minggu/bulan nie asik makan kat luar jer....almaklumlah aku nie mmg sangat allergic ngan bau-bauan kat dapur tue....lagi2 benda atau makanan yg berunsurkan ikan yg hanyir....uwekkkkkkkkkk x tahan lah.......jarang giler aku memasak....umah pun ala2 kapal pecah jer...malas tahap gaban....
Tapi kain baju aku yg macam gunung everest tu dah licin ku tarah tau.....clear beb sofa aku....jenuh gak lah aku nak melipat kain baju tue.....sampai sakit pinggang/buah pinggang aku nie....hehehehe tahniah lah wat aku yer.....


Khamis, 25 Mac 2010

Baby CuTe ....




Kah..Kah..Kah...(Nah BacaLah)

Lawak Malam Pengantin
M
ajlis pernikahan dah selesai tetamu sudah balik si ayah mengelamun sendiri. Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah si ayah pasang telinga mendengar perbualan. Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.
" Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara...berdebar dada si ayah mendengarnya.
" Boleh saja biar abang masukkan?" Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.
"Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saisnya.
"Kalau Tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya.
" Sapu air liur…!" Si ayah bersuara.... Ketawa pengantin berjela-jela. Ternyata si ayah silap sangka. (hua..hua...hua....tulah menyibuk lagi)


Panggilan Manja wat Isteri
Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Salah tulis nama
Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak. Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur."Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah."Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.

Muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.Peserta pertama dari Amerika..Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.
Peserta kedua dari Jepun..Baru 10 minit dia sudah pengsan.
Peserta ketiga dari Afrika,Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.
Terakhir peserta dari Bangladesh...Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.


Jenis-jenis rambut
1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut


10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...jangan marah...gerammmm tak perrrrrrrrrrggg








cUbaLah BaCa....

˙˙˙nʞɐ ɯɐɔ ƃuıuǝd ƃuɐʍoʞ ıƃɐq ɹǝɾ ɹǝɾɐs nʞɐ˙˙˙uɐʞ ƃuɐʍoʞ ʞɐʇo ʇıʞɐs ıʇsǝɯ˙˙˙˙˙ǝıu sılnʇ nʞɐ ƃuɐʎ ɐdɐ ɐɔɐq ƃuɐɹoʞ ɐqnɔ˙˙˙ǝɥǝɥǝɥǝɥ

kalau kowang nak cam tulisan nie just taip - http://www.typeupsidedown.com/
cubalah....best gak

sajer-sajer....(buhsan)

panas...panas...
lately nie cuaca mmg panas giler....dah berapa hari asik kena migrain jer.....mmg x tahan nak jemur/angkat baju pun samader awal pagi or malam.... x tahan den... erkkk...nie baru panas kat duniakan lom lagi kat akhirat...hmmmm... bila lah aku nak berubah nie yer....?????

esok sekolah anak2 aku ader sukan...kompom lah muka masing2 sok cam udang kena bakar...aisy ok lagi ..tapi kena tang aisha ...erkk x dapat kubayangkan...saling x tumpah cam muka aku kot masa sekolah.....hehehehehe

opppss lupa lak nak info...rambut aisha yang panjang mengurai dah kena potong...ala-ala tomboy....b4 g salun, minah tue quite teruja lah gak.....tapi pas dah dipotong rambutnyer....u know wat happen...?? dia punyer meraung..aku pun terkedu dengar....siap baling sumer selipar dia...cian lah jugak aku dengar..tapi nak wat camner...bertindak mengikut arahan (big boss) suh potong pendek.....aku dah cuba info no need lah terlalu pendek...sebab aisha mmg x pernah rambut pendek...mesti dia terkejut badak punyer.... tapi wat can i do
ikut jer lah...kang x pasal2 aku lak yg kena marah kan.......huhuhuhuhuhuhu... jenuh gak lah nak memujuk....
tapi senyap pas dapat makan MC'D.....hurmmmm....alahai sonang nyer bebudak skang nie yer....

mata nie mmg ngantuk giler...tapi bila kau berbaring x leh lak nak tido...tapi bila aku ngadap pc or duduk...mulalah dia tersenggut2 nak tertido... sampai sakit pinggang aku nie tidor duduk.....

aira asik wat perangai...dia dok makan ubat demam...setengah botol lah plak tue....puas ku jolok tekak dia suh muntah...risau lah plak aku...tapi x maupun...basuh muka dia....pun dia dah layan tido...alamak camner nie....
help...help.....help...dia dah tido lah.....baru terlelap kejap, sementara tunggu aisha naik bas sekolah....dia dah buat hal.....pening aku.....

yang si airiel lak sibuk main ngan hanger-hanger baju....tgh bina bangunan kot...dia nie mmg sgt kreatif...lg satu benda yg paling dia suka ialah apa saja objek yg berbentuk bulat....lemas aku dibuatnyer...bercakap sowang2....nak jadi dinasourlah....tapi dia sebut dinasour tu mengesor...hahahaha cam pelik jer bunyinyer kan...

jap2 aku nak bukak pagar umah...aisy dah balik dari sekolah.......
ok dah setel....aku nak siapkan makan dia jap..nanti2 jer lah sambung yer....pas nie aku nak suh dia mandi dan tido...pastu kang bangun tido leh lah wat homework...petang nie aku nak layan NA-O-MEI........alamak terlupa lak hubby suh wat claimed dia....hehehehe leh gak aku mintak sikit nak g beli baju nak wat g dinner...oppps lupa lak nak bgtau yg sekolah lama ku nak wat charity dinner pada 17hb april 2010 nie di Nelayan Titiwangsa....aku dah bg nama nak g....tgklah kalau x der apa2 prob...nak gak jumpa membe2 lama.....

ok...bye-bye